Friday, July 2, 2010

Pelangi hikmah yang menjelma usai ribut masalah melabuhkan tirainya...



Setiap hambaNya tidak akan pernah terlepas daripada menghadapi permasalahan dalam hidup. Ana juga tidak terlepas dalam menghadapi masalah kehidupan insani. Sang Pencipta memberikan masalah atau lebih tepat lagi ana katakan dugaan ini adalah untuk menguji tahap keimanan hamba-hambanya. Entri ana kali ini untuk berkongsi sedikit apa yang ana baca dalam buku " 25 Kisah Nabi & Rasul". Sedarlah wahai diri dan sahabat sekalian bahawa dugaan yang diberikan itu tanda kasih yang maha Esa pada diri kita. Allah S.W.T tidak akan memberikan dugaan kepada hamba-Nya jika hambanya tidak akan mampu menghadapinya.


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Q.S 2 ayat 286).


Sepanjang pembacaan ana setakat ini kisah Nabi Sulaiman A.S yang terdapat dalam buku tersebut, hati ana tertarik dengan kata-kata " Ujian akan selalu datang pada seorang hamba. Ketika kedudukan seseorang itu bertambah besar, maka ujiannya pun menjadi besar".

Nabi Sulaiman A.S diuji dengan penyakit tika saat kegemilangan pemerintahannya.


Allah S.W.T berfirman:

" Dan sesungguhnya Kami telah menguji Sulaiman dan kami jadikan (dia) tergelatak di atas kerusinya sebagai tubuh (yang lemah kerana sakit), kemudian dia bertaubat. Dia berkata : " Ya Tuhanku, ampunilah aku, anugerahkanlah kerajaan yang tidak dimiliki oleh seseorang pun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi. Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja dia kehendaki, dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam". (Surah Sod: 34-37)


Penyakit yang dialami oleh Nabi Sulaiman A.S amatlah teruk sehingga tiada penawar di muka bumi ini. Manusia , jin malah burung-burung yang membawa ubat daripada rumput juga tidak mampu menghilangkan penyakit yang dialminya. Nabi Sulaiman A.S yang tenat malah tubuh badan umpama tiada roh terus mencintai-Nya tanpa henti. Kalimah-kalimah zikir tidak pernah berhenti membasahi hujung bibirnya. Kesakitan yang di alami oleh Nabi Sulaiman A.S berlanjutan selama beberapa tahun. Nabi Sulaiman A.S berdoa kepada Allah S.W.T agar menyembuhkan penyakitnya pada masa yang sama beliau tidak pernah beristighfar dan mengungkapkan rasa cinta kepada-Nya. Tidak lama kemudian, Allah SW.T telah mengakhiri ujian sakit kepada Nabi Sulaiman A.S.Beliau telah mendapat kembali nikmat kesihatannya. Setelah sihat, Nabi Sulaiman A.S telah membina tempat ibadah bersama manusia haiwan, burung dan jin. Allah S.W.T telah memberikan beliau satu nikmat selepas ujian iaitu mampu berkomunikasi serta mengarahkan haiwan dan jin dalam melakukan sesuatu. Itulah hikmah yang Allah S.W.T kurniakan daripada ujian sakit yang dialami oleh Nabi Sulaiman A.S.


Kisah nabi diatas adalah sedikit sebanyak yang boleh ana kongsikan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa hikmah (pelangi) yang turun selepas ujian (ribut) akhirnya akan dapat dirasai jika anda sentiasa istiqamah dalam mencintai-Nya. Janganlah sesekali takut untuk menghadapi ujian kerana yakinlah bahawa Allah S.W.T sentiasa bersama-sama dengan anda setiap saat, minit, detik, jam, hari, bulan, tahun hingga tidak mampu anda membayanginya. Titisan air mata yang mengalir semasa di uji akan dikira oleh Allah S.W.T dan akan di balas dengan air yang mengalir di syurga kelak.




Wallahu'alam.







Thursday, July 1, 2010

Hujan Gerimis

Hujan gerimis
Masih belum berhenti
Tiada dapat ku pulang
Terasa ingin ku tatap wajah
Membelai manja
Agar hilang lelah dan resah

Hujan gerimis
Yang akan menemani
Perjalananku pulang
Tiada dapat lagi ku tunggu
Terasa rindu
Untuk bersua denganmu

Ini bukan satu ilusi
Hanya kasih yang abadi

Hadirmu bawa cahaya
Tersenyum gembira
Anugerah yang Maha Esa

Dikau cahaya
Tika malam menjelma
Sinarmu menyuluh
Lorong gelita
Bila dewasa
Jadi insan berguna
Taat perintahNya
Sentiasa..


Jendela kolej ana buka dengan seluasnya....Gunung menghijau di seberang sana menambahkan lagi rasa kehambaan ana kepada Ar-Rabb.

Hari berganti hari menambahkan lagi kerinduan ana pada insan-insan di desa tercinta. Lagu Hujan Gerimis seolah-olah mewakili diri ana untuk menyampaikan sesuatu yang tersirat di hati ana. Kita dipisahkan dengan jaringan jalan raya yang beribu kilometer namun semua itu, insyaAllah tidak akan pernah memisahkan kita antara satu sama lain ya ayahanda dan bondaku. Selagi denyut nadi ini tidak terhenti, ingatanku kepada kalian tidak pernah hilang. Sudah lumrah insan yang bergelar mahasiswa/i universiti untuk menghadapi perpisahan Fisabililah. Alhamdulilah, ana diberi satu lagi amanah untuk diperjuangkan bersama-sama rakan-rakan JMK yang tidak pernah sunyi daripada melakukan "sesuatu". InsyaAllah ana akan cuba melakukan yang terbaik bukan sahaja demi tanggungjawab pada diri, keluarga, kolej, universiti, bangsa, negara malah AGAMA ana...Amin.


Khususan ila (^ - ^) :

Sahabat-sahabat JMK yang ana sayangi semoga kalian akan sentiasa membantu ana dalam melalui "kehidupan" sepanjang satu sidang 2010/2011 ini. Sahabat-sahabat JMK : Abang Isam, Kak Nisa, Abang Wak, Abang Abu, Kak Jah , Kak Illya, Lynn, Hala, Fizan, Ika, Lian, Zurin, Francis, Krishna, Aisyah, Abang Atau, Rina, Mirul, Shira, Kak Mariyah, Wahida, Pak Din, Abang Fakri, Abang Rie, Sham, Sue dan Syahrir moga kita akan dapat meneruskan kegemilangan Kolej Harun Aminurashid. Ana harap untaian ukhwah antara kita sentiasa mendapat rahmat dari-

Nya.


Wasalam.

Wednesday, June 30, 2010

Perjalanan Tintaku bermula...

Bismillahirahmanirrahim....

Alhamdulilah kepada Allah S.W.T kerana telah membuka pintu hati ana untuk menghasilkan sesuatu di alam maya. Terima kasih buat teman seperjuangan yang membantu ana merealisasikan penciptaan blog ana. InsyaAllah blog Cahaya Bicara Kata akan mengorak langkah tintanya yang akan bermula tika detik ini....